|
|
| Wednesday, 11-Mar-2009 10:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom Blasah jom!!!
|
|
BlasTographers
BlasTographers adalah peminat fotografi yang sedia membelasah bila-bila masa, dengan mengguna apa juga jenis kamera. Tiada perkataan "tidak boleh" dalam apa juga kategori fotografi, yang penting berani mencuba. Menjadi kumpulan Blas (blasah) Tographer (photographer) terunggul adalah visi kita.
Anda berminat sertai kumpulan ini?? Sila sertakan email address anda (dalam ruang komen dibawah) untuk menerima jemputan eksklusif dari saya....Auntie Zain.
Berbesar hati untuk memaklumkan kepada semua, walaupun BlasTographers belum mengatur atau merangka aktiviti formal atau informal (KC=Knowledge Cafe), fellow BlasTographers telah mempunyai seorang pakar fotografi tempatan sebagai bakal pembimbing fellow BlasTographers dari blasahan kepada imej yang benar-benar "BlasT" atau dalam perkataan sekarang "melaTOP" Big green
JOM!..jom!..sertai fellow BlasTographers Wink
auntie zain
Sila ke http://zainzubir.fotopages.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Nov-2008 05:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sunyi Tidak Bermakna Sepi dengan Beraktiviti
|
|
Saya (auntie zain) bagi pihak Pencala Photog ingin memaklumkan bahawa pencala photogs masih bergiat cergas dalam bidang fotografi. Kesunyian kami di pencala fotopages tidak bermakna kami sepi dengan beraktiviti. Sedia maklum Pencala photogs terdiri dari berbagai kategori minat dalam fotografi, ada yang serious sebagai jurufoto pengantin, ada yang secara sambilan dan ada juga yang meminati bidang lain dalam fotografi. Sehubungan dengan cuti persekolahan yang panjang, tentunya banyak majlis disana sini samaada majlis perkahwinan , berkhatan dan lain-lain. Tentunya masing-masing sibuk samaada mengambil gambar dimerata maupun sibuk menghadiri majlis2 tersebut sebagai tetamu.
Dengan itu kita sama-sama sabar menanti foto-foto terbaru pencala photogs, tentunya ada sekeping dua yang akan dipamerkan disini kelak. Bagi auntie, tiada yang menarik untuk diupload disini....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Oct-2008 04:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PotLuck Raya Pada 17hb Oktober 2008
|
|
Ada lagi 5 orang kat luar yang malu2 nak bergambar.
Warga Pencala Fotopages ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang telah hadir pada Potluck Raya tempoh hari.
Majlis yang disambut secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri dengan hampir semuanya
memakai baju melayu/kurung yang berwarna-warni dan makanan pun banyak dibawa.
Kami amat terharu dengan sambutan yang diberikan kerana ada yang sanggup datang dari jauh.
Kami juga ingin memohon maaf jika ada kekurangan dalam majlis yang tak seberapa itu.
Semoga pada majlis akan datang akan dibuat dengan lebih baik. InsyaAllah.
Yang telah upload:
Littlestars http://littlestars.fotopages.com
MeorJay http://meorjay.fotopages.com
Incik Cak http://riang-riang.fotopages.com
FarEast http://empayarcanon.wordpress.com
Anep http://anepofficialart.fotopages.com
Azue http://azueriena.fotopages.com
Ajam http://ajam72.fotopages.com
Watie http://shahwatie.fotopages.com
Atty http://itayahfirdaus.fotopages.com
Nurul http://fauzana78.fotopages.com
Zahrul http://atanimage.fotopages.com
Siapa yang dah upload dan nak letak link kat sini sila bagitahu kat ruangan komen.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Oct-2008 23:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PotLuck Raya Bersama Pencala Fotopages
|
 |
|
Peta Ke PotLuck Pencala Fp
|
|
|
Kami akan mengadakan Potluck Raya di perkarangan rumah Krull pada 17/10/08 (Jumaat).
Waktunya adalah dari jam 8.00 hingga 12.00 tengah malam.
Tiada BBQ atau bakar-bakar.(cuma bakar pelita raya )
Bagi memeriahkan lagi majlis ini, semua yang hadir dikehendaki memakai baju melayu/baju kurung.
Keterangan lanjut akan diupdate dari masa kesemasa.
KEHADIRAN:
01) Krull (tuan tanah) - minuman, mee hoon, peralatan dapur, tukang masak.
02) Ajam - nugget, buah-buahan.
03) Meor & famili- cekodok terembau.
04) Jana - sponsor sewa kerusi meja, kenderaan rasmi, tahu sumbat.
05) Farid - nasik lemak, khemah mini.
06) Wann & family - kek mini
07) Hanty - tempah kueh bakar
08) Eayda - kuih karipap dan pulut salut
09) Ard - kuih keria dan dadeh
10) CD - ayam goreng
11) Saari
12) Zahrul & famili - roti jala & kuah kari
13) Mama Ilham (Jue) & famili - agar2 dan kuih-muih
14) Kak Jijah & anak2
15) Juhalens & famili - trifle
16) nizam@sickshutter - kek coklat
17) Cak Cicadology
18) Azue & famili - nasi impit & kuah kacang
19) Watie & suami - rendang daging
20) Kang
21) Atok (Fendi)
22) Anep
23) Nurul & famili
24) Wawa - brownies
25) Fareez
26) Is Kayu Ara
27) Inna (akan confirm semula)
28) Yatt & famili - nasi goreng
29) Cik Ecah
30) Incik FarEast
31) Incik Bob
32) Ciklinn & famili
Jangan lupa berbaju melayu/baju kurung, baru meriah nak berposing2.
Sila beritahu diruangan komen di bawah mengenai kehadiran (termasuk suami/isteri/anak2 jika ada) berserta makanan yang dibawa.
Peta ke rumah Krull
Gambaran lebih jelas, jalan besar tu adalah Penchala Link. Sebelah kiri dari LDP dan sebelah kanan pulak dari terowong. Boleh parking di tepi jalan seperti tanda bulatan peta di atas.
Bagi yang mempunyai sistem GPS, kedudukan rumah Krul adalah di Latitude 3° 9'45.76"N dan Longitute 101°37'37.85"E Mesti tak sesat!
No.tel Krul : 013-6459468 atau 012-2316002
No.tel Ajam : 013-6765313
No.tel Meorjay : 012-6713876
Kalau tak jumpa rumah, sampai masjid sila call.
Atau carik rumah yang lamannya ada pelita raya...
Bawalah kamera masing-masing(tak kira apa jenis kamera pun) serta apa jua buah tangan.
Kalau nak copy terus gambar sila bawa thumb drive. Memory card reader juga disediakan.
Jangan lupa berbaju melayu/baju kurung, baru meriah nak berposing2.
Lighting system dan backdrop disediakan. Boleh amik family foto. Semuanya FREE!
Kemudahan internet juga akan disediakan untuk sesiapa yang hendak mendaftar menjadi komuniti Pencala.
SEMUA ADALAH DIJEMPUT!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Oct-2008 16:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Portal Komuniti Pencala.com telah dibuka
|
|
Portal Komuniti Pencala.com yang menelan belanja berjuta-juta ringgit telah dibuka dengan rasminya. Portal Komuniti ini akan dirasmikan pada 1 Januari 2009 oleh Perdana Menteri pada masa itu (boleh teka tak siapa agaknya?)
Keahlian dibuka sekarang. Silakan mendaftar. Tidak terhad kepada warga Sungai Pencala sahaja. Hatta, warga Eskimo pun boleh menjadi ahli.
Portal Komuniti ini telah diasaskan oleh pengasas yang sama mengasaskan Portal Komuniti Ukhwah.com yang dibina mulai dari tahun 2003 dan telah beberapa kali mendapat liputan CNN, MSNBC, Times, Forbes, Fortune, Newsweek, Makkal Osai, Tamil Nesan
Welcome!
Sila ke: Pencala.com atau Penchala.com
atau klik jer http://www.penchala.com
Nota Penting: Portal Komuniti Pencala.com ini tidak ada kena mengena dengan Fotopages Pencala. Hanya tumpang mengiklan di sini. Di Portal tersebut telah diiklan Fotopages Pencala. Harap maklum.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 26-Sep-2008 16:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam AidilFitri
|
|
Kami Pencala Fotopages ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua khususnya yang mengenali kami dan umumnya pelawat yang rajin mengunjungi Fotopages ini.
Dihari yang mulia ini, kami juga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika ada diantara kami yang terlanjur kata ataupun kesilapan baik secara langsung atau pun melalui ruangan komen2 yang tidak disengajakan.
Mengenai potluck(rumah terbuka), tempat dan masa akan diberitahu kemudian. Bersabarlah yer...
LINK YANG TELAH UPDATE
FarEast - http://empayarcanon.wordpress.com
Yemz - http://yemz11.fotopages.com Versi Raya
Hanty - http://zainzubir.fotopages.com Edisi Kedua!
Hanif - http://anepofficialart.fotopages.com Versi Raya
Ajam - http://ajam72.fotopages.com Edisi Kedua & Versi Raya!
Cak - http://riang-riang.fotopages.com Versi Raya!
Meorjay - http://meorjay.fotopages.com Versi Raya!
Yaya - http://cherry-crush.fotopages.com
Zahrul - http://atanimage.fotopages.com Bayi Studio!
Jana - http://jana-fiq.fotopages.com Versi Raya!
Sani - http://insansani.fotopages.com Versi Raya
Eayda&Ard - http://littlestars.fotopages.com Mari Berpantun Raya!
Saari - http://ary2utsm.fotopages.com
Krul - http://krulmatric.fotopages.com
Vassili - http://comradevassili.fotopages.com
Wann - http://wannsscfs.fotopages.com Versi Raya!
Fareez - http://fareezkario.fotopages.com
Vee - http://ervyna.fotopages.com Versi Raya!
Rizal - http://www.flickr.com/photos/rizalhana
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Sep-2008 20:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TERJAHAN KAMI DI JALAN MASJID INDIA PADA 20/9/08
|
|
LAPORAN
4.00pm - Kami(Pencala FP) tiba di Stesen LRT Masjid Jamek. Sementara menunggu yang lain tiba, kami mengambil kesempatan "menembak" di situ.
5.00pm - Mula bergerak menuju ke Jalan Masjid India. Agak lewat sedikit dari jadual disebabkan ada yang tersangkut dikesesakan lalu lintas dan juga di stesen-stesen LRT. Sepanjang perjalanan kami bertembung dengan beberapa ahli FMDC dan sempat bertegur sapa.
6.00pm - Tiba di hujung perjalanan kami iaitu di Komplek Semua house. Berpatah balik ikut Jalan Tuanku Abdul Rahman dan melalui lorong ke Jalan Masjid India. Di lorong tu kami membeli sedikit juadah untuk berbuka puasa.
7.00pm - Setelah ada yang terpisah dari kumpulan akhirnya semua dapat berkumpul semula di hadapan Masjid India untuk untuk berbuka puasa. Bila azan berkumandang kami pun berbuka puasa secara jalanan (bukan bemaksud sambil berjalan) bersama orang ramai yang juga berbuka puasa situ.
8.00pm - Bergerak ke Medan Selera D'Tebing untuk makan malam dan berTT. Sambil makan-makan kami sempat berbincang mengenai teknikal fotografi yang hoskan oleh Zahrul.
9.30pm - Selesai makan kami ke Dataran Merdeka untuk aktivi terakhir iaitu night shoot dan sessi bergambar beramai-ramai. Dengan bermain CLS menggunakan 5 biji flash berbagai karenah jadinya. Ada melompat sampai senak perut.
11.00pm - Kami bersurai agak lewat sedikit dari yang dijadualkan hingga ada yang ketingalan keretapi.





Gambar di atas adalah diantara yang tiba awal di tempat kejadian.
JUMLAH PESERTA
Jumlah kesemua yang mengikuti diakhir program ini adalah seramai 22 orang.
LINK YANG TELAH UPDATE
FarEast - http://empayarcanon.wordpress.com
Yemz - http://yemz11.fotopages.com
Hanty - http://zainzubir.fotopages.com Edisi Kedua!
Hanif - http://anepofficialart.fotopages.com
Ajam - http://ajam72.fotopages.com Edisi Kedua & Versi Raya!
Cak - http://riang-riang.fotopages.com Versi Raya!
Meorjay - http://meorjay.fotopages.com Versi Raya!
Yaya - http://cherry-crush.fotopages.com
Zahrul - http://atanimage.fotopages.com Bayi Studio!
Jana - http://jana-fiq.fotopages.com Versi Raya!
Sani - http://insansani.fotopages.com
Eayda&Ard - http://littlestars.fotopages.com Mari Berpantun Raya!
Saari - http://ary2utsm.fotopages.com
Krul - http://krulmatric.fotopages.com
Vassili - http://comradevassili.fotopages.com
Wann - http://wannsscfs.fotopages.com Versi Raya!
Fareez - http://fareezkario.fotopages.com
Vee - http://ervyna.fotopages.com Versi Raya!
Jika ada yang dah update, sila bagitahu kami untuk disenaraikan seperti di atas.
Seorang wanita pakar dalam Street Photography yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Biasa berjalan secara solo di tengah-tengah kota dengan membawa 2 buah kamera dan lensanya berharga ribuan ringgit. Interview orang yang tidak dikenali. Barangkali ada "Black Belt" ni.
Ada yang berani?
Di Stesen LRT Masjid Jamek, sebelum memulakan terjahan. Kehadiran kami di sekitar Masjid India telah menarik perhatian orang ramai dan juga menimbulkan sedikit kegelisahan dikalangan anggota penguatkuasa DBKL yang sedang bertugas.
imej besar utk foto2 dibawah ini telah diupload di http://zainzubir.fotopages.com/?entry=1686872&back=http://zainzubir.fotopages.com/?page=0#CommentsTop
Serbuan bermula!
Di Medan Selera D'Tebing untuk makan malam dan TT.
Inilah Zahrul, hos untuk TT kita pada masa itu.
TERIMA KASIH
- Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti aktiviti ini tidak kira yang pernah atau pun yang pertama kali mangikuti aktiviti bersama kami.
- Terima kasih kepada Zahrul kerana tidak lokek ilmu untuk memberi banyak tips dan panduan fotografi kepada semua yang mengikuti aktiviti ini. Untuk pengatahuan semua inilah pertama kali Zahrul bersama kami.
- Terima kasih juga yang kepada yang sanggup datang waktu malam kerana ada urusan lain
tapi masih ingin mengambil kesempatan untuk bersama kami.
Harap-harap aktiviti seperti ini akan memberi manfaat dan juga pengalaman baru kepada kita.
Untuk pengetahuan semua, kemungkinan besar kita akan mengadakan POTLUCK RAYA di halaman rumah Krull pada antara pertengahan atau penghujung Syawal.
GAMBAR LUCU
Kami akan mencari gambar dari FP masing-masing untuk diletak di ruangan ini.
Ini bukanlah untuk pertandingan tapi cuma mempamerkan koleksi sahaja.
Makan bubur lambuk waktu berbuka puasa "style street". Dah takde sudu, terpaksa lah yer..
Bukan main lagi makan tak ingat orang kat bawah, sampai pandang ke langit tuu..
Sampai menggeletar satu badan bila kene tegur dengan pelancung asing berbangsa Perancis.
Ni apa kes ni? Hujan tak, panas pun tak tapi pakai payung?
Perhatikan yang kat tengah bahagian belakang tu, tertunduk2 macam nak skodeng orang..
Duduk cangkung macam ni macam tengah mancing ikan la pulak..
Pemandu di lane kiri terpaksa ke tepi untuk memberi ruang kepada Hanty untuk shoot di tengah jalan.
Memang dah cakap.. takde siapa yang berani rapat. Kalau macam ni silap-silap ada kereta yang boleh masuk longkang.
Menggunakan handphone di public phone?
Bayangkan kalau orang lain nak guna, terpaksa tunggu lama...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Sep-2008 12:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JOM TERJAH KL BERSAMA KAMI
|
|
Pencala Fotopages akan mengadakan outing yang bertemakan Street Photography di sekitar Jalan Masjid India.
Tujuan utamanya adalah untuk merakam gelagat serta kesibukan wargakota membeli-belah bagi persiapan Hari Raya.
Jika anda juga ingin membeli-belah, ambillah kesempatan ini kerana macam-macam ada di sini serta harganya pun murah-murah.
Tarikh: 20hb September 2008
Jadual:
4.00pm - Berkumpul disekitar stesen LRT Masjid Jamek.
4.15pm - Mula bergerak menuju ke Jalan Masjid India hingga ke Komplek Semua House.
6.00pm - Patah balik tetapi melalui kedai tudung dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
7.00pm - Berada di sekitar Masjid India dan mencari juadah berbuka puasa.
8.00pm - Bergerak menuju ke Medan Selera D' Tebing untuk minum dan berTT.
9.00pm - Bergambar di Dataran Merdeka yang berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Adbul Samad.
9.30pm - Bersurai.
Dam Dam Dum!
Bagi memeriahkan lagi program ni kita akan mencari gambar candid paling lucu.
Ini bukanlah tujuan utama tapi sebagai sampingan untuk suka-suka sahaja.
Antara penerjah setakat ini:
01 - Ajam
02 - Cak
03 - Ecah
04 - FarEast
05 - KakiFoto
06 - Krull
07 - MeorJay
08 - Vee & family
09 - Shaari
10 - Sani
11 - Juhalens Studio
12 - Eayda & Ard
13 - Zainzubir
14 - Wannsscfs
15 - Has
16 - Shidan
17 - Anep
18 - Yaya
19 - Wati
20 - Yemz
21 - Bob
22 - Ajun
23 - Jana
Panduan & Gambaran Sebenar
Bagi mengelakkan kesesakan atau sukar mendapat tempat letak kereta adalah dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT dan turun di Stesen Masjid Jamek.
Pada waktu tersebut dijangkakan keadaan di situ amat sesak.
Tiada masalah untuk bersolat kerana sepanjang perjalanan kita berada di sekitar Masjid India/Masjid Jamek.
Pada malamnya kita ke D' Tebing ni untuk makan-makan sambil berTT.
Lokasinya berhampiran bulatan Bank Negara.
Pemandangan waktu malam sini memang cantik kerana cahaya lampu bangunan Sultan Abdul Samad ni terang benderang. Orang yang shoot gambar ni pun dah macam taknak balik.
Bagi yang memandu kenderaan sendiri, tempat letak kereta bawah tanah ni adalah yang paling sesuai.
Bayaran sekali masuk RM4.00 sahaja. Jalan masuk ke tempat ni adalah melalui bulatan Bank Negara, nampak D' Tebing ambil lorong kiri dan boleh jumpa tempat ni. Sila tengok peta di bawah.
Peta menunjukkan lokasi tempat letak kereta bawah tanah, stesen LRT (tempat berkumpul) dan laluan perjalanan.
Info:
Apakah yang dikatakan STREET PHOTOGRAPHY?
-Street Photography adalah mengambil gambar secara candid di tempat-tempat awam seperti tepi-tepi jalan, komplek membeli belah, taman dan lain-lain.
-Walau bagaimana pun bukan bermakna "orang" sahaja yang dishoot, malahan tak kira apa benda pun asalkan ianya menarik perhatian.
-Selain dari subjek utama, background juga adalah sangat penting untuk menceritakan keadaan persekitaran di tempat itu.
Oleh itu pengunaan aperture rendah ( contoh f/2.8 ) adalah tidak sesuai dan gambar juga tidak harus dicrop keterlaluan kepada subjek hingga tak nampak persekitaran.
PERHATIAN!
Jumpa petang ni di tepi jalan Stesen LRT Masjid Jamek pada pukul 4.00pm.
Tepat pukul 4.15pm kita akan mula bergerak ke Jalan Masjid India.
Jika ada yang tertinggal keretapi, tersangkut kat traffic jam, saja plan nak datang lewat atau jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami ditalian:-
013-6459468 (Krull)
013-6765313 (Ajam
Perlu diingatkan keadaan di situ amat sesak dengan orang ramai yang sibuk membeli-belah.
Jaga keselamatan diri masing-masing dan jangan sampai ada yang hilang.
Walaubagai mana pun kami cuba memantau seberapa yang boleh.
Jangan lupa bawa baju hujan atau plastik sampah (untuk pelbagai kegunaan diwaktu terdesak/kecemasan) memandangkan cuaca yang tidak menentu.
ajam post sini dulu..sorry kualiti scrap betul2 metal scrap..tak ada kreativiti .. ..sila delete setelah 2-3 hari selepas ini..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Aug-2008 14:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Keputusan Anugerah Gambar Paling Popular
|
|
Gambar kepunyaan Encik Meor
Gambar kepunyaan Encik Shaari
Setelah dihitung kira kami mendapati 2 gambar di atas mempunyai undian yang sama banyak.
Satu gambar kepunyaan Encik Meor kita dari Pencala FP dan satu lagi gambar kepunyaan salah seorang peserta iaitu Encik Shaari.
Oleh itu kami (penganjur) mengistiharkan kedua-duanya sebagai pemenang Anugerah Gambar Paling Popular.
Keputusan adalah muktamat.
Tahniah kepada mereka berdua & yang lain pun tidak kurang hebatnya. Boleh dikatakan semua gambar tu menarik sampai pening orang nak memilih.
Salam Ramadhan kepada semua pelawat FP ini. Semoga puasa kita diberkati. InsyaAllah.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Aug-2008 07:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
mencari gambar paling popular
|
|
SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
TUJUH
LAPAN
SEMBILAN
SEPULUH
SEBELAS
DUABELAS
TIGABELAS
Terima kasih kepada kesemua 13 peserta yang telah menghantar gambar di sini untuk dipertandingkan bagi merebut Anugerah Gambar Paling Popular. Setiap pengunjung fotopages pencala MESTI menyertakan link fotopages / blog sendiri ketika memberi undian. Undian TIDAK DIAMBILKIRA sekiranya tiada disertakan link fotopages / blog. Dipersilakan mengundi (1 undi sahaja) gambar yang difikirkan layak. Undian akan ditutup pada 17 Ogos 2008, manakala keputusan undian serta pemenang akan diumumkan pada 18 ogos 2008
|
|
|
|